hiburan
HIJRAH ke arah kebaikan mungkin kedengaran mudah, tetapi hakikatnya banyak pengorbanan perlu dilakukan untuk kekal dan abadi dalam penghijrahan tersebut. Ada yang berjaya dan tidak kurang juga terkandas di persimpangan.
Jujur katakan, penulis kagumi Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina. Setelah berhijrah, penyanyi yang menembusi lapangan hiburan bersama Teh Tarik Crew ini berjaya kekal istiqamah sehingga ke hari ini.
Bertemu tuan punya badan pada majlis pelancaran The Mizz Nina Show baru-baru ini memberi peluang penulis bertanyakan tentang hijrah dan amalan isteri kepada vokalis Noh Hujan ini untuk terus menjadi Muslim yang sejati.
Katanya, masih banyak perkara tentang agama yang perlu diperbaiki. Namun dia tidak berputus asa dan menganggap perubahan ke arah kebaikan berlaku secara berperingkat. Oleh yang demikian, dia mahu terus berusaha ke arah itu.
“Apa yang penting adalah niat dan tujuan. Bagi saya, untuk kekal istiqamah, saya perlu sentiasa beringat tentang tujuan dalam kehidupan.
“Menjadi Muslim sejati adalah proses pembelajaran sepanjang hayat. Bagi saya, mengikuti kelas al-Quran dan agama adalah satu cara untuk mengingatkan diri tentang tujuan hidup.
“Pada masa sama, kita harus bijak dalam pergaulan. Saya beruntung, penglibatan dalam industri mengajar tentang kepentingan memilih kawan. Dan kini, saya berterima kasih kepada mereka yang terus menyokong saya dalam memperbaiki kelemahan diri,” katanya.
Disoal tentang The Mizz Nina Show yang mula ditayangkan pada 12 Jun lalu di Astro Oasis dan Maya HD, Mizz Nina memberitahu, rancangan tersebut adalah program berkonsepkan gaya hidup, informasi dan hiburan seiring dengan ajaran Islam.
“Program ini juga akan menjadi platform informatif yang membicarakan tentang pelbagai isu. Di kesempatan ini, saya mengambil peluang mengetengahkan tentang tragedi MH17, perkongsian peribadi semasa kehilangan abang kandung dan perbincangan tentang tekanan serta kebimbangan (anxiety).
“Saya juga bekerjasama dengan beberapa syarikat tempatan bagi membantu golongan kurang bernasib baik untuk memperbaiki taraf hidup mereka,” jelasnya.
Ditanya tentang kerjaya nyanyian, Mizz Nina akui tidak merancang untuk kembali. Katanya, bidang tersebut sudah sebati dalam diri, namun kini hatinya lebih ke arah penulisan dan persembahan puisi.
“Menulis puisi adalah cara saya mengekspresikan perasaan. Apabila saya persembahkan puisi nukilan sendiri, orang lebih mendengar dan memberi tumpuan berbanding menyanyikannya.
“Sebelum bergelar penyanyi rap, saya bermula sebagai penyair. Kini, saya kembali menulis dan persembahkan puisi. Jika ditanya sama ada saya akan rakamkan (puisi) sebagai lagu, mungkin belum tiba masanya,” katanya.
bukan mudah nak jadi selebriti hijrah yang drastik seperti mizz nina, beliau dedahkan bagimana beliau boleh istiqomah

0 comments: