hiburan

Ahli Kumpulan Ukays Ini Menamatkan Zaman Bujangnya Setelah 12 Tahun Mengenali Wanita Pilihannya Ini.. Hanya dengan 1 Alasan Ini

12:50 admin 0 Comments


Selepas 12 tahun mengenali antara satu sama lain, barulah Azmi Hassan atau Amy, pemain keyboard kumpulan Ukays yakin untuk menyunting kekasih hatinya, Nurul Liyana Hishammudin, 31, sebagai isteri.

AMY Ukays telah melangsungkan pernikahan dengan Nurul Liyana pada 20 Mei lalu di Ipoh, Perak.
Amy dan Nurul Liyana selamat mendirikan rumah tangga pada 20 Mei lalu di Dewan Risda Ipoh, Perak selepas bertunang pada 22 Mei tahun lepas.

Menurut Amy, dia tidak menguar-uarkan majlis pernikahannya kepada pihak media kerana acara yang diadakan pada Sabtu lalu adalah tertutup dan untuk ahli keluarga serta saudara mara saja.

“Saya ini jenis yang tak suka bercerita mengenai peribadi selain perihal kerjaya. Pada yang tahu saya bernikah tahulah. Lagipun itu majlis sebelah pihak isteri. Insya-Allah, saya memang akan adakan dua lagi majlis iaitu di Kuala Lumpur dan Johor.

“Kedua-dua majlis akan diadakan selepas raya nanti dan sekarang ini saya sedang mencari tarikh yang sesuai. Saya mahu rai hari bersejarah saya itu dengan rakan-rakan artis lain juga,” katanya kepada Utusan Online.

Jelas anak sulung daripada empat beradik itu, dia memilih Nurul Liyana kerana kagum dengan sikap sabar wanita yang dikenalinya menerusi laman sosial MySpace sejak 2005 itu.

“Saya mahu mencari pasangan yang benar-benar faham kerja saya yang tidak menentu itu. Malah dia juga telah lihat kesusahan saya dan sentiasa menyokong perjalanan seni saya kerana sebelum ini dia pernah menjadi pembantu peribadi saya. Itu yang buat saya yakin dia adalah pasangan hidup,” katanya.

Sehari selepas bergelar suami, Amy dan anggota kumpulan Ukays telah mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. UTUSAN ONLINE

0 comments: