info
BAGI penduduk luar, mungkin ramai tidak tahu kewujudan dua pulau yang boleh dilihat dari Kuala Sungai Baru, Alor Gajah. Namun bagi penduduk setempat, Pulau Konet sudah tidak asing lagi bagi mereka sebagai tempat berehat dan menikmati permandangan indah.
Kira-kira 50 meter dari Pulau Konet pula, terdapat satu lagi pulau dikenali Pulau Keramat. Kedua-dua pulau itu berhampiran tanah besar memudahkan orang ramai melaluinya hanya berjalan kaki ketika air laut surut.
Bagaimanapun, timbul cerita kurang enak berkaitan pulau berkenaan apabila ada mengaitkannya dengan aktiviti khurafat.
Tidak kurang yang mendakwa pulau berkenaan menjadi sarang maksiat bagi golongan muda.
Bagi mendapat gambaran jelas berhubung dakwaan itu, wartawan NOR FARHANA YA'ACOB turun padang ke kedua- dua pulau berkenaan untuk melihat sendiri kebenarannya.
Benarkah Pulau Konet dan Pulau Keramat lokasi melakukan kegiatan khurafat?
Bagi penduduk luar, mungkin ramai tidak tahu kewujudan dua pulau yang boleh dilihat dari Kuala Sungai Baru, Alor Gajah. Namun bagi penduduk setempat, Pulau Konet sudah tidak asing lagi bagi mereka sebagai tempat berehat dan menikmati permandangan indah.

Bagaimanapun, timbul cerita kurang enak berkaitan pulau berkenaan apabila ada mengaitkannya dengan aktiviti khurafat. Tidak kurang yang mendakwa pulau berkenaan menjadi sarang maksiat bagi golongan muda.
Bagi mendapat gambaran jelas berhubung dakwaan itu, wartawan NOR FARHANA YA'ACOB turun padang ke kedua-dua pulau berkenaan untuk melihat sendiri kebenarannya.
Nama asal Pulau Konet sebenarnya adalah Pulau Kenit. Pulau ini dikatakan sudah wujud sebelum zaman penjajahan Inggeris lagi.
Nama Konet digunakan apabila seorang pegawai tinggi dari Negeri Sembilan menggelarkan pulau itu dengan loghat negeri ketika melawat pulau terbabit.
Terletak di Telok Gong, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, ia sejak dulu terkenal sebagai kawasan rekreasi dan aktiviti memancing tidak kira orang luar dan tempatan.
Permandangan Pulau Konet yang sungguh cantik menyebabkan ia menjadi tumpuan orang ramai beriadah bersama keluarga.
Lebih menarik ketika air laut surut menyebabkan wujud satu laluan untuk pengunjung dari tanah besar berjalan kaki ke pulau tersebut. Ada juga yang mengambil peluang berkelah dan berkhemah di laluan tersebut.
Bagaimanapun, Pulau Konet dikaitkan dengan cerita dongeng. Berdasarkan cerita penduduk tempatan dahulu, pulau berkenaan dikatakan sebagai tempat tinggal orang bunian.
Namun begitu, terdapat pelbagai versi cerita tentang kisah pulau tersebut. Ada mengatakan penduduk kampung yang mahu mengadakan kenduri akan meminjam pinggan mangkuk dari penghuni pulau tersebut. Barangan itu harus dipulangkan semula sebaik selesai kenduri.
Maksiat cemari Pulau Konet
Hasil tinjauan Sinar Harian di Pulau Konet mendapati, tiada sebarang penemuan barangan peninggalan yang boleh dikaitkan dengan aktiviti khurafat.
Tidak pasti sama ada memang tiada sebarang aktiviti khurafat di pulau berkenaan, atau sememangnya dilakukan pada hari lain.
Namun, berdasarkan maklumat penduduk tempatan, Pulau Konet lebih kepada tempat remaja melakukan maksiat.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Baru, Yaakop Basiron berkata, memang tidak dinafikan pinggir pantai serta Pulau Konet sering dijadikan tempat pasangan kekasih bermadu asmara terutama pada waktu malam.
Menurutnya, suasana sunyi dan gelap tidak menakutkan mereka walaupun kawasan berkenan dikatakan sebagai perkampungan makhluk halus.
"JKKK pernah beberapa kali membuat rondaan dan terserempak pasangan berdua-duaan namun kekangan tenaga menyulitkan kami membuat rondaan lebih kerap.
“Sebelum ini juga pernah didirikan papan tanda jauhi zina, tapi telah dirosakkan," katanya.
Sementara itu, salah seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, penduduk juga pernah nampak pasangan masuk ke dalam pulau tersebut ketika air surut.
“Pernah berlaku insiden pasangan remaja terkandas beberapa jam di Pulau Konet selepas air laut pasang mendadak menyebabkan terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba,” katanya.
Selain isu aktiviti maksiat, penduduk sekitar turut melahirkan rasa kecewa kerana laluan ke pulau berkenaan kini tercemar dengan sampah sarap akibat perbuatan pengunjung.
Persekitaran kotor
Seorang lagi penduduk, Ujang Yassin, 45, berkata, sememangnya kawasan berkenaan sering dikunjungi orang ramai untuk berkelah dan jumlah pengunjung akan bertambah terutama hujung minggu.
“Keadaan kotor dan jijik ini memberi tanggapan buruk seolah-olah kawasan di sini sudah lama terbiar.
“Disebabkan tiada tempat nak buang sampah, pengunjung ambil jalan mudah buang di dalam semak ataupun belakang pokok. Akhirnya kawasan riadah yang cantik ini dikotori dengan sampah di merata tempat,” katanya yang turut menjadikan aktiviti memancing ikan di kawasan terbabit.
Sehubungan itu, dia mencadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan sewajarnya dengan menyediakan tong sampah berkapasiti besar bagi memudahkan orang ramai membuang sampah.
Bagi Abdullah Aman, 57, persekitaran yang kotor menimbulkan rasa kurang senang kepada pengunjung yang membawa keluarga berkelah, terutama membawa anak kecil.
Sebagai penduduk tempatan, katanya, sudah pasti dia turut berasa malu apabila kawasan popular di Teluk Gong itu dicemari sampah-sarap.
“Kita nak berkelah pun tak sesuai sedangkan. Kalau dijaga dengan baik, kawasan ini memang setanding kawasan peranginan lain, sehinggakan kita boleh berjalan kaki ke Pulau Konet bila air surut.
“Tapi sekarang saya begitu kecewa, pengunjung langsung tak ada sensitiviti, seolah-olah tempat ni dah jadi lokasi pembuangan sampah,” katanya.
‘Tujuh keramat’ puja kubur lama
Penemuan batu nisan dililit kain kuning bukti kewujudan aktiviti khurafat
Selepas membuat tinjauan di Pulau Konet, Sinar Harian menyusuri Pulau Keramat yang jaraknya kira-kira 50 meter.
Tidak dapat dipastikan mengenai sejarah pulau berkenaan yang dipenuhi belukar, malah penduduk menganggap kawasan berkenaan sebagai berpenunggu.
Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian menemui tiga kubur lama dan sebuah kubur yang dikatakan keramat bertepatan dengan nama pulau berkenaan.
Terdapat tiga kain kuning menutupi batu nisan di tiga buah kubur serta diikat dengan tali berwarna hitam dan putih, sekali gus memberi jawapan - memang ada kegiatan pemujaan di situ.
Walaupun persekitarannya bersemak samun, melihat pada keadaan kain yang tidak lusuh membuktikan kegiatan itu baru berlaku. Malah, timbul persoalan, masih ada yang berani melakukan aktiviti khuarafat di kawasan sebegitu.
Pengerusi JKKK Kuala Baru, Yaakop Basiron ketika ditanya mengenai perkara itu turut mengakui ada menerima aduan berhubung aktiviti khurafat di pulau berkenaan.
Lebih-lebih lagi, katanya, jalan kampung menghala ke pulau itu terlalu sunyi dan jauh dari rumah penduduk.
Yaakop mendedahkan, aktiviti khurafat itu bermula tahun lalu dipercayai dilakukan seorang lelaki bergelar bomoh bagi mengubati orang.
Menurutnya, bomoh berkenaan akan memakai jubah berwarna kuning dan pergi ke pulau berkenaan pada waktu malam.
"Tahun lalu mereka melakukan pemujaan di kubur lama yang dipanggil 'tujuh keramat' pada waktu malam. Saya juga difahamkan ada yang membuat pemujaan nombor ekor.
“Tetapi saya tak pasti sama ada aktiviti khurafat itu masih berlaku lagi atau pun tidak kerana mereka berjalan ke Pulau Keramat pada waktu malam supaya tidak diketahui penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.
Kubur saudagar Arab?
Sementara itu, Yaakop berkata, Pulau Konet dan Pulau Keramat memiliki bentuk bumi muka semula jadi yang unik berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan menghidupkan semula pulau berkenaan dengan pembangunan supaya dapat mengelak berlaku kegiatan negatif seperti maksiat dan aktiviti khurafat.
Dalam pada itu, seorang lagi penduduk kampung, Zainal Alwi, 66, berkata, melalui cerita dari orang lama, terdapat kubur lama dipercayai tujuh kubur saudagar Arab yang meninggal dunia di situ akibat kapal karam.
“Beberapa tahun lalu saya pernah naik ke pulau itu dan menemui kubur lama. Tapi tidak pula nampak ia ditutup dengan kain kuning. Dulu memang ada aktiviti khurafat tapi sekarang saya pun dah lama tak ke pulau tersebut.
“Sekiranya benar terdapat aktiviti mencurigakan dan bertentangan dengan ajaran Islam, saya minta pejabat agama mengambil tindakan segera agar pulau itu tidak terus dicemari,” katanya.
Ramai Orang Tidak Sedar Akan Kewujudan Pulau Ini, Tetapi Bagi Penduduk Setempat Ini Ianya Menyimpan Seribu satu Rahsia, Ikuti Pendedahan Ini.!!

0 comments: