luar negara

Wanita Ini Kehilangan Ranbut Secara tiba-tiba yang Menyebabkan Mereka sehingga Kini Trauma.. Lebih Memeranjatkan Bukan Beliau Seorang Sahaja Menjadi Mangsa

20:47 admin 0 Comments



Lebih 50 wanita di utara India, Haryana dan Rajasthan mendakwa rambut mereka dipotong tanpa disedari dan pihak polis berdepan kesukaran menyelesaikan misteri berkenaan, lapor BBC.
"Ada cahaya kilat dan menyebabkan saya tidak sedarkan diri. Satu jam kemudian, saya mendapati rambut saya dipotong," kata Sunita Devi, suri rumah berusia 35 tahun dari Bhimgard Kheri, daerah Gurgaon, Haryana.
Serangan pada Jumaat itu menyebabkan dia kini trauma.
"Saya tak boleh tidur dan buat apa-apa. Saya ada baca insiden sedemikian sebelum ini di Rajasthan namun tidak menyangka ia terjadi kepada saya pula," katanya.
Laporan misteri tukang gunting pertama kali dilaporkan awal Julai lalu di Rajasthan dan satu kejadian sama turut berlaku di Haryana dan New Dehli.
Sunita berkata, penyerangnya adalah seorang lelaki tua berpakaian warna cerah.
"Saya bersendirian di tingkat bawah rumah dan menantu serta cucunya berada di tingkat atas semasa serangan pada jam 9.30 malam itu," katanya.
Bagaimanapun menurut Sunita, keluarganya tidak mendengar atau melihat apa-apa, ketika kejadian.
Sementara itu, hanya beberapa meter jauh, Asha Devi turut kehilangan rambutnya dalam serangan sama pada hari berikutnya, namun penyerangnya dilaporkan seorang wanita.
Bapa mertua Asha Devi, Suraj Pal berkata, selepas kejadian itu, dia menghantar Asha dan ahli keluarganya ke rumah saudara di Uttar Pradesh.

"Mereka sangat takut selepas serangan itu, saya menyuruh mereka tinggal di sana beberapa minggu, ada ketakutan dalam masyarakat," katanya.
Pal berkata, dia berada di rumah ketika Asha Devi keluar untuk menyelesaikan tugas rumah tangga sekitar jam 10 malam.

"Saya pergi ke luar untuk mencarinya selepas dia tak kembali selama lebih dari 30 minit. Kami dapati dia tak sedarkan diri di bilik mandi, rambutnya dipotong dan dilemparkan ke lantai," katanya.Katanya, Asha hanya sedar selepas satu jam dan memaklumkan, seorang wanita menyerangnya.

"Dia beritahu saya, semuanya berlaku kurang dari 10 saat," katanya.
Mengulas insiden tu, jurucakap polis Gurgaon, Ravinder Kumar berkata, aduan berkenaan sedang disiasat.

"Ini adalah kes pelik. Kami tidak menemui sebarang petunjuk pada unsur jenayah.
"Ujian perubatan mangsa juga tidak menunjukkan apa-apa yang tak normal," katanya.
Beliau berkata, tiada siapa yang melihat penyerang yang dikatakan itu.
Ravinder berkata, polis dari daerah-daerah lain turut berusaha menyelesaikan misteri itu
"Hanya mangsa mengatakan mereka melihat atau merasakan kehadiran penyerang.
"Kami akan menyiasat secara terperinci kes ini dan orang ramai diminta tidak mempercayai khabar angin," katanya.

0 comments: