dalam negara

Peniaga Ikan Maut Baru-baru Ini Memberi Kita Satu Pengajaran Yang Berharga Bila Berada Di Jalan Raya

20:54 admin 0 Comments


SETIAP hari kita akan disajikan dengan kes-kes kemalangan kenderaan malah ada juga yang meragut nyawa.
Kadang-kadang punca kemalangan hanyalah kerana 'hendak mengelak kenderaan lain' ataupun  tidak memberi 'signal'.
Satu benda yang mudah iaitu hanya klil butang signal tetapi, kenapa susah sangat untuk dilakukan?

Hari ini, terdapat berita di mana seorang penjual ikan maut, dipercayai mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang Kampung Kubang Kacang, Pasir Tumboh, Kelantan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Pusat Transformasi Luar Bandar RTC dari rumahnya di Pasir Puteh mengambil bekalan ikan keli di Bukit Marak.
Netizen bagaimanapun marah dengan tindakan keluar simpang tanpa memberikan signal tersebut.

Seorang netizen, Ottawa Ottawa menulis di Facebook mempersoalkan pengguna kenderaan mendapat lesen mereka.
"Baru tadi baca lori balak terbalik sebab kereta keluar simpang lagi, wahai pengguna sekalian, lesen terbang ke?
"Simpang tak nak berhenti, cikgu mana yang mengajar ni?" tulisnya.

Pengguna Facebook, Mohd Hezery Hussin pula mencadangkan agar dipatahkan sahaja lesen mereka ini.
"Sebab itulah spesies yang keluar masuk simpang tidak ikut aturan ini memang tak guna. Patut dipatah-patahkan je lesen dia orang ini," tulisnya pula.

Sementara itu, pengguna Facebook, Eiya Moi turut berkongsi pengalaman berhadapan dengan pemandu sebegini.
"Pagi tadi pergi kerja pun sesak sebab ada kereta tidak bagi signal dan mengakibatkan kemalangan. Nak masuk simpang tu berilah signal!

"Pakai jer kereta besar tapi tiada otak," tulisnya pula.
Bagi Sulaini Ismail pula, beliau kesal dengan sikap pengguna jalan raya yang mengambil lewa soal keselamatan orang lain.
"Selalu sangat terkena dengan pemandu yag tidak reti berhenti di simpang dan tidak memberi signal. susah sangat ke nak ikut disiplin dan peraturan jalan raya?" soalnya.
Pengguna Facebook, Zainol Salma pula merasakan patut diadakan ujian mental bagi semua pemandu sebelum belajar membawa kereta.

"Sebab itu kena buat ujian mental dulu, bila ada sijil sah dari pakar psikiatri barulah boleh mendaftar sekolah memandu," tulisnya.
Di samping itu, topik ini sudah banyak kali dibincangkan umum malah terdapat juga pengumuman khidmat awam (PSA) dalam usaha menaikkan kesedaran pemandu tentang kepentingan signal ini.
Justeru, para pemandu dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati di jalan raya dan jangan lupa berikan signal jika ingin keluar simpang ataupun bertukar lorong.
Jangan kerana kecuaian anda, orang lain yang menjadi mangsa. Berubahlah sebelum terlambat.

0 comments: