luar negara

Pemimpin ISIS atau Daesh Sah Mati Terbunuh

15:58 admin 0 Comments


Pemimpin kumpulan militan Daesh, Ibrahim al-Samarrai atau Abu Bakr al-Baghdadi disahkan terbunuh.
Semalam, agensi berita al-Sumaria memetik kenyataan sumber di wilayah Nineveh melaporkan kematian al-Baghdadi itu diumumkan menerusi kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh rangkaian media Daesh di tengah bandar Tal Afar terletak 63 kilometer di barat Mosul.
"Ia bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut tentang perkara itu. Daesh bakal menamakan pengganti al-Baghdadi tidak lama lagi," jelas laporan itu lagi.
Difahamkan, laporan tersebut dikeluarkan beberapa minggu selepas Rusia mengumumkan pemimpin Daesh itu dipercayai terkorban dalam serangan udara dilancarkan tentera Moscow di bandar Raqqah pada Mei lalu lapor Press TV.

0 comments: