dalam negara
Seorang lelaki yang ditemui dalam longkang berdekatan Tol Setia Alam dalam keadaan melecur meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa yang melecur 90 peratus keseluruhan badan itu disahkan meninggal dunia sekitar jam 3 petang.
"Beberapa jam sebelum itu, mangsa ditemui melecur teruk dan tidak sedarkan diri dalam longkang selepas tol Setia Alam sekitar jam 4.05 pagi.
"Mangsa yang parah itu segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, bedah siasat akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti dan mengesan jika wujud unsur-unsur jenayah terhadap mangsa.
"Butiran peribadi yang ditemui melalui dompetnya tertera nama Azamasero Ahmad Yusup berusia 21 tahun dan beralamat di Rawang, Selangor.
"Justeru itu, sesiapa yang mengenali pemilik nama berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya.
Katanya, setakat ini, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut sementara menunggu proses bedah siasat selesai sepenuhnya.
Lelaki Ini Mati Dalam Longkang Dalam Keadaan Melecur, Hampir 90% Badan Melecur

0 comments: