hiburan

Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulillah dia memaafkan saya - Aliff Aziz

17:30 admin 0 Comments


Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz berkata dia sudah pun berdamai dengan isterinya selepas dibebaskan atas jaminan polis semalam.

Harian Metro melaporkan Aliff berkata Bella sudah pun memaafkannya selepas dia meminta maaf.

“Apa saya boleh katakan, ini membabitkan hal rumah tangga kami. Tidak semua yang tular itu betul. Sebagai lelaki, saya berani akui kesilapan diri. Apa saya buat silap, saya mengaku.

“Setiap manusia pasti buat salah. Saya dah mulakan hidup baru. Apa orang nak cakap sekalipun, saya terima dan kena hadap,” katanya.

Selain itu, Aliff juga berkata dia sudah pulang ke rumah sejak semalam untuk bertemu isteri, anak dan keluarga mentuanya.

“Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulillah dia memaafkan saya. Macam mana sekali pun saya tetap suaminya.

“Ingin dijelaskan juga saya bukan kaki pukul seperti dihebohkan. Saya tak memukul Bella pun. Malah dalam laporan polis, Bella tak cakap pun perkara itu. Bergelut dan belasah dua perkara berbeza.

“Memang betul saya buat salah, tapi dia tahu saya takkan sampai ke tahap itu. Berita tak betul seperti itu membuatkan Bella terkilan,” katanya.

Difahamkan juga, Aliff akan mengadakan satu sidang media di Shah Alam esok bagi menjelaskan perkara yang patut sahaja terutama yang membabitkan rumah tangganya.

“Saya berharap apabila berjumpa rakan media esok semua orang akan jelas dan faham. Tidak ada lagi cerita yang bukan-bukan diperbesar-besarkan. Saya pun kalau boleh tak nak isu ini berpanjangan.

“Saya yakin akan ada soalan yang menyentuh pihak lain. Saya nak maklumkan awal-awal, perkara itu memang takkan diperkatakan. Bagi saya perkara ini membahayakan.

“Saya pun tak berhubung dengan pihak sana dan tak tahu apa tindakan mereka. Apa yang penting adalah rumah tangga dan keluarga saya sekarang,” katanya.

Sumber: Harian Metro

0 comments: