hiburan
NAMA penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Hail Amir, pernah menjadi fenomena pada zaman kemuncak popularitinya.
Dia bukan hanya digilai kerana bakat menyanyi dan berlakon tetapi juga ketampanannya.
Hail atau nama sebenarnya Abdul Hail Amir, 62, mengakui apa yang dikecapnya di luar dugaan kerana hasratnya menceburi bidang seni bukan kerana ingin mengejar kemasyhuran, tetapi lebih kepada minat.
Sebelum bergelar artis popular, Hail yang berasal dari Kebun Lama, Pulau Pinang ini terlebih dahulu aktif dalam persatuan belia di kampungnya yang mendedahkan dengan pelbagai aktiviti seni.
Ketika di usia remaja sekitar tahun 1960-an, Hail sangat aktif menyertai pelbagai aktiviti seni anjuran persatuan seperti menyanyi, berlakon, menari dan boria.
Penghijrahan Hail Ke Kuala Lumpur sekitar tahun 1971 ternyata memberi lebih ruang mengembangkan bakatnya apabila ditawarkan menyertai kelab budaya di Kementerian Belia dan Sukan.
Bersama kelab budaya, Hail berpeluang membuat persembahan di serata tempat di tanah air selain ke luar negara seperti Kuwait, London, Jepun dan lain-lain.
“Inilah yang dikatakan rezeki, daripada seorang budak kampung yang tidak tahu apa-apa, saya mendapat peluang membuat persembahan di serata tempat, malah merasa juga pergi ke negara orang,” ujarnya yang turut berkemahiran bermain alat muzik terutamanya gitar.
Perjalanan seni Hail sebagai artis komersial bermula apabila dia didatangi wakil dari produksi Show Brothers yang menawarkan watak utama dalam filem Jiwa Remaja bergandingan dengan Uji Rashid sekitar tahun 1975.
“Jiwa Remaja merupakan filem pertama lakonan saya dan apa yang mengejutkan filem itu telah mendapat sambutan luar biasa daripada penonton sehingga mendapat kutipan yang cukup tinggi ketika itu.
“Selepas kejayaan itulah, kerjaya saya dalam bidang lakonan mula berkembang apabila terus diberikan tawaran untuk membintangi filem demi filem,” katanya turut membintangi filem muzikal Cinta dan Lagu.
Sering digandingkan dengan Uji Rashid
Hail tidak menunggu lama untuk turut mencipta nama dalam bidang nyanyian apabila pada tahun yang sama, dia mendapat tawaran komposer terkenal, Datuk Ahmad Nawab untuk menjadi artis rakaman.
“Alhamdulillah dalam EP (piring hitam) yang menjadi pengenalan saya itu, lagu Wajah Kesayangan Hamba menjadi hit dan mencipta sejarah tersendiri apabila bergelar juara selama tiga bulan dalam carta lagu LPMI,” imbasnya.
Tidak sekadar tampil dengan album solo, Hail turut dikenali menerusi lagu-lagu duetnya bersama Uji Rashid yang dianggap peminat sebagai pasangannya yang cukup serasi malah lagu raya duet mereka menjadi malar segar meski sudah lebih 40 tahun berlalu.
Berkongsi cabaran yang dilaluinya ketika itu, kata Hail, ia lebih kepada usaha keras yang dilakukan untuk memajukan diri dalam bidang seni.
“Cabaran paling besar ketika itu adalah untuk menjadi yang terbaik kerana apabila kerja kita bagus, orang akan datang cari kita dan tawarkan pelbagai peluang baru.
“Kami artis-artis ketika itu tak fikir nak menang, tapi lebih kepada usaha nak majukan diri untuk jadi lebih bagus,” tegasnya.
Populariti serentak yang di kecapinya dalam bidang lakonan dan nyanyian menjadikan Hail sebagai artis lelaki yang menjadi buruan ketika itu termasuk penghias muka semua majalah hiburan utama.
Hail berkata, dia seronok kerana dihargai dan menjadi perhatian hasil kerja seni yang dilakukan.
“Banyak sekali pengalaman yang saya kumpul dan ia menjadi sesuatu yang akan saya kenang sampai bila-bila,” akuinya yang menganggap semua perjalanan seninya adalah takdir terbaik yang sidah ditentukan.
Menurut Hail lagi, paling tidak dapat dilupakan adalah sokongan peminatnya ketika itu yang disifatkan sangat luar biasa sehingga menerima berguni-guni surat yang menyatakan sokongan mereka.
"Ia suatu yang cukup manis untuk dikenang. tapi saya agak ralat sebab ketika itu tak dapat membalas kesemua surat tersebut, malah ada di antaranya yang langsung tidak dibuka kerana jumlahnya terlalu banyak sedangkan masa saya agak terhad kerana jadual kerja yang padat,” akuinya kesal.
Biarpun masa berlalu, Hail yang kini mempunyai empat orang anak dan lima cucu ini tidak berhasrat meninggalkan dunia seni terutamanya nyanyian yang telah menjadi darah dagingnya.
“Selagi masih sihat, insya-ALLAH saya akan terus menyanyi seperti biasa walaupun tidak serancak dulu.
“Minat dalam kerjaya seni ini sudah kekal dalam diri dan sukar untuk dibuang meskipun kita sudah melalui macam-macam perkara,” kata Hail yang cukup dikenali dengan sikap merendah dirinya ini.
Hail Amir Nampak Seperti Kerjayanya dan Kemasyhurannya, Tapi Ramai yang Tidak Tahu Tentang Apa Yang Beliau Alami Sebelum Bergelar Artis

0 comments: