dalam negara

Terkejut Menerima Laporan Kaki Budak Tersangkut Dalam Tandas, Bomba Ambil Tindakan Pantas.. Ini Punca Kejadian

16:35 admin 0 Comments


Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira satu jam selepas kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Bandar Seri Behrang, Tanjung Malim, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Rahim Shaari berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian  selepas menerima pangilan kecemasan pada  9.05 malam semalam.

Katanya, setiba pegawai dan angotanya di lokasi mendapati kaki kiri kanak-kanak itu masih tidak boleh dikeluarkan.

Menurutnya, kanak-kanak itu dikatakan sedang mandi sebelum tergelincir  dan menyebabkan kaki kirinya termasuk ke dalam lubang tandas jenis cangkung.

Beliau berkata, bapa mangsa cuba mengeluarkan kaki anaknya namun gagal sebelum menghubungi bomba.

"Bomba terpaksa memecahkan mangkuk tandas itu menggunakan peralatan khas Babi mengeluarkan kaki kanak-kanak itu.

"Dia yang mengalami luka pada kaki dan diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada keluarganya," katanya ketika dihubungi.

Rahim berkata, kanak-kanak itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tanjung Malim untuk mendapatkan rawatan.

"Operasi yang di ketuai oleh Pemangku Penyelia, Ibrahim Mat Isa tamat pada 10.01 malam tadi (semalam)," katanya.

0 comments: