dalam negara
"AYAH selalu tak cukup duit untuk menampung perbelanjaan sekeluarga. Keadaan menyebabkan kami jarang dapat baju baharu," demikian luahan, Nabeeha (bukan nama sebenar).
Nabeeha, 7, adalah antara 630 anak-anak golongan tidak berkemampuan yang dipilih oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) untuk menerima sumbangan berupa pakaian dan kelengkapan bagi sambutan Aildilfitri pada tahun ini.
Menurut Nabeeha yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik, hari raya yang kebiasaannya disambut meriah oleh orang lain tidak dapat dirasai oleh dia sekeluarga sejak sekian lama.
Saban tahun, kata Nabeeha, mereka sekeluarga hanya mampu bersyukur dengan sekadar biskut raya pemberian saudara-mara dan jiran yang mengambil berat.
"Tahun ini ayah cakap tak cukup duit nak beli baju raya kerana perlu tanggung sewa rumah yang tertunggak dan bil perubatan ibu.
"Ibu tidak bekerja kerana menjaga kami adik-beradik," katanya ketika ditemui Sinar Online.
Menurut Nabeeha lagi, ibunya mengalami asma yang teruk sehingga memerlukan pemeriksaan berkala di hospital.
Keadaan dan kesihatan ibu yang sering terjejas menyebabkan kehidupan mereka sedikit sulit dan terabai.
Bercerita lagi mengenai persiapan baju raya mereka sekeluarga, Nabeeha berkata, setiap tahun, dia dan adik beradik begitu memahami kesempitan hidup mereka sekeluarga.
Meskipun dalam hati membuak-buak rasa ingin berbaju baharu di pagi raya, dia dan adik-beradik yang lain memilih untuk reda menyarung baju raya tahun lepas yang masih boleh dipakai.
"Ibu pandai menjahit, biasanya ibu akan beli kain dan jahit baju raya kami. Kalau baju sudah tidak muat, ibu akan beli kain baharu dengan warna yang sama dan ubah baju ikut saiz badan kami.
"Ibu dengan ayah tak ada baju raya. Ibu hanya akan pakai baju kurung biasa dan ayah akan berkemeja-T atau baju Melayu yang sama setiap tahun pada pagi raya," katanya lagi.
Bagaimanapun, berbeza dengan tahun ini, nasib dia dan adik-beradiknya mendapat perhatian YWP dan terpilih untuk menerima sumbangan berbentuk pakaian raya pada tahun ini.
Nabeeha dan adik-adiknya adalah antara yang terpilih untuk membeli-belah di Parkson di Kompleks beli-belah Maju Junction, di sini, baru-baru ini.
"Saya dan adik-beradik sudah lama tidak mendapat pakaian baru. Seronok dapat membeli-belah beramai-ramai," katanya lagi.
...Tahun ini ayah cakap tak cukup duit nak beli baju raya kerana..........

0 comments: