dalam negara
Sepatutnya Pegawai Polis Melindungi Orang, Tetapi Lelaki Ini yang Juga Inspektor Melakukan Sebaliknya, Bahkan Lebih Teruk Lagi
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didakwa di Mahkamah Majistret Serian di sini semalam atas kesalahan membunuh seorang wanita di Kampung Kakai di sini 21 Mei lalu.
Tertuduh, Mohammad Sohffian Abu Hassan, 37, dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan Majistret Marutin Pagan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Berdasarkan pertuduhan, lelaki terbabit dituduh membunuh seorang wanita Siti Nadirah Abdullah (gambar kecil), 33, pukul 3.15 petang di Kampung Kakai, di sini, 21 Mei lalu.
Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Marutin menetapkan 6 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
0 comments: