dalam negara
MULANYA, saya ingatkan bunyi tong gas meletup, malah saya sendiri tidak pernah mendengar bunyi letupan yang sangat kuat seperti itu.
“Saya sama sekali tidak menyangka ia akibat letupan mercun yang akhirnya mengorbankan anak saya,” kata Jaliah Suhaili, 39.
Dalam kejadian 12.15 tengah malam tadi, anak lelaki Jaliah, Haiqal Hakimi Zol Paka, 12, maut ketika bermain mercun di rumahnya di Kampung Bintawa Hilir, Petra Jaya dekat Kuching.
Difahamkan, Haiqal Hakimi yang juga anak ketiga dari empat beradik itu bermain mercun yang diubah suai menggunakan buluh sebelum ia meletup hingga menyebabkan kepalanya parah.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak di Kuching untuk bedah siasat sebelum diserahkan semula kepada keluarganya.
Jaliah berkata, ketika kejadian dia dan ahli keluarga lain sedang mengemas rumah, selain sibuk membuat persiapan juadah sempena Aidilfitri.
“Seperti biasa, arwah yang kami ketahui suka berjalan-jalan dan bermain bersendirian di kampung. Ia perkara yang normal, jadi kami tidak menghalang arwah keluar rumah ketika itu.
“Tidak sangka pula arwah pergi bermain mercun. Kami sekeluarga tidak tahu (bermain mercun), malah kami tidak mengetahui di mana dia mendapatkannya, tidak pernah kami membelikannya mercun untuk bermain,”katanya ketika ditemui hari ini.
Menurut Jaliah, sambutan Aidilfitri tidak lagi bermakna buat mereka sekeluarga selepas kehilangan Haiqal Hakimi, namun mereka reda dengan ketentuan Allah SWT.
“Dua hari lalu, saya memberi arwah wang untuk membeli baju raya. Dia bersama jiran pergi berbelanja di sekitar bandar raya Kuching.
“Segalanya sudah tersedia untuk kami sekeluarga meraikan Aidilfitri ini bersama-sama, sebaliknya hari raya pertama akan menjadi pengebumian anak kami,” katanya.
Katanya lagi, Haiqal Hakimi adalah seorang anak lelaki yang baik, bahkan beberapa hari lalu arwah ada membantu jiran mengecat rumah walaupun sedang berpuasa.
Hari Raya Pertama, Hari Pengebumian Anak

0 comments: