dalam negara

Anak Perempuan Zahid Hamidi Selamat Ijab Kabul, Ini Wajah Jelas Menantu Lelaki Beliau Yang Ramai Tak Tahu

16:19 admin 0 Comments



SHAH ALAM – Anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid selamat bernikah semalam.

Majlis yang diadakan di Masjidilharam, Mekah itu dinikahkan sendiri oleh Ahmad Zahid.

Selepas memuat naik gambar selepas majlis pernikahan di laman Instagram miliknya, Nurulhidayah terus dihujani ucapan tahniah dan doa daripada pengikut-pengikut di laman sosial tersebut.

Tinjauan Sinar Online mendapati, doa dan harapan buat pasangan ini agar perkahwinan kali kedua buat Nurulhidayah berkekalan selamanya.

Pelayar internet yang menggunakan nama @amalina-wazer mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

“Mabruk alaik kak, semoga mahligai yang terbina capai kebahagiaan dunia wal akhirah. Aamin,” katanya.

Seorang lagi pelayar internet, @emiliasukri92 turut mengucapkan tahniah buat pasangan ini.

“Alhamdulillah... semoga bahagia dunia akhirat, happy tengok kak long @nurulzahid tersenyum bahagia... semoga ALLAH merahmatimu suami isteri,” katanya.

Bagi @power_couple_izary_aida, dia juga teruja dengan pernikahan ini.


“Alhamdulillah congratulations @nurulzahid dan suami. Semoga ALLAH melindungi, menyayangi dan memberkati perkahwinan you berdua sampai ke syurga.. amin ya rab!”

Nurulhidayah selamat dinikahkan dengan pasangannya usahawan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.

Pengacara program Assamualaikum di TV Al Hijrah ini melahirkan rasa syukur pada ALLAH SWT kerana segala yang dirancang berjalan lancar.

“Saya tidak mampu mengucapkan betapa gembira dan bersyukurnya kerana niat untuk mendirikan rumah tangga di masjid paling agung dimakbulkan oleh-Nya.


“Bahkan, saya juga tidak dapat menyembunyikan kegembiraan kerana ahli keluarga khususnya ibu bapa serta ahli keluarga dan kenalan terdekat turut bersama-sama meraikan hari bahagia saya,” katanya yang dipetik dari Utusan Online.

Pada majlis pernikahan, Nurulhidayah menerima sebentuk cincin serta sejumlah wang mas kahwin dan hantaran daripada suaminya.

Turut hadir pada majlis pernikahan itu ialah ibunya, Datin Seri Hamidah Khamis dan Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

0 comments: