luar negara
Kunjungan NGO Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ke pusat pelarian Syria yang terletak di Killis (sempadan Syria-Turki) baru-baru ini, benar-benar menyingkap 1001 kisah pelarian Syria di sana.
Presiden MVM, Muhammad Jantan berkata, apa yang dilihat mereka di sana begitu meruntun jiwa dan menyentuh sanubari.
"Bayangkan semasa saya sedang menaip laporan untuk dihantar ke Malaysia, boleh rasa sebak, yang ini berlaku betul-betul dekat sempadan Syria-Turki.
"Melihat sendiri keadaan menjelang Aidilfitri (ketika itu), ramai pelarian Syria mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman, mereka kelihatan 'excited' hendak pulang, walaupun mereka sendiri tidak tahu masih adakah keluarga yang menunggu dan masih wujudkah rumah yang mereka tinggalkan suatu ketika dahulu," katanya kepada Sinar Online.
Namun ujarnya, disebabkan oleh rasa rindu dan cinta pada tanah air sendiri, mereka tetap tabah untuk pulang ke tanah air mereka.
"Bayangkan dah semangat nak balik raya, sampai-sampai rumah sudah hancur," kongsinya.
Ketika berbicara menganai sambutan puasa bersama pelarian Syria, Muhammad berkata ada satu kisah yang menyayat hatinya berlaku.
"Ketika itu ALLAH pertemukan saya dengan dua beradik ini, melihat sendiri wajah seorang membawa juadah berbuka puasa yang kami sediakan kepada adik dia telah memberi satu kesan pada diri saya," kongsinya.
"Saya lihat, si adik menanti abang dia datang dengan wajah yang penuh dengan harapan. Lalu si abang datang membawa makanan, saat itu jugalah terus berubah wajah si adik menjadi sangat gembira."
"Barangkali si adik telah lama tidak merasa makanan seperti ini. Itu yang terukir senyuman di wajah seorang gadis kecil yang kini menjadi pelarian, mungkin juga telah kehilangan kedua-dua orang tuanya," kongsi Muhammad lagi.
Melihat apa yang dilakukan oleh dua beradik ini jelas telah memberi maksud erti syukur pada diri mereka.
"Tingkah laku adik-beradik ni secara tak langsung telah buat saya rasa "Ya ALLAH, kami di Malaysia sampai tahap membazir Ya ALLAH."
Kanak-kanak berkenaan yang kisahnya meruntun hati para sukarelawan. - Foto Muhammad Jantan
"Maafkan kami adik. Kami di Malaysia telah selesa sehingga tidak memikirkan kamu yang sedang lapar," ujarnya lagi.
Terdahulu seramai 3,000 pelarian Syria ditaja berbuka puasa oleh NGO Malaysia di Kilis, majlis berbuka puasa terbesar tajaan NGO asing itu diadakan sempena Misi Ramadan Al-Habeeb anjuran Malaysian Life Line For Syria (MLLFS) dengan kerjasama Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) dari Turki.
Muhammad berada selama 16 hari bagi menyempurnakan misi sukarelawannya, berangkat pada 10 Jun yang lalu bersamaan dengan Ramadan ke-15.
Misi kemanusiaan itu selain membabitkan wakil dari Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ) serta wakil NGO Indonesia, Misi Medis Suriah.
Projek kemanusiaan yang diterajui anak muda Malaysia ini mendapat sokongan daripada gabenor dan mufti Turki untuk melaksanakan iftar bersama pelarian Syria di kem di Kilis.
Konflik perang saudara di Syria berlanjutan sejak Mac 2011 dan mengorbankan lebih 400,000 orang.
Aktivis Kemanusiaan Kongsi Pengalaman Tentang Perasaannya Yang Menyedihkan.. Beliau Tidak Sangka Masih Ada Insan Seperti Ini Susah

0 comments: