hiburan
MINGGU ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pendedahan pelakon Aeril Zafrel yang mendakwa, terdapat cubaan pihak yang tidak bertanggungjawab mempunyai niat tidak baik terhadapnya.
Semuanya terbongkar apabila Aeril menjumpai buluh yang diikat dengan kain di kawasan tapak jualan barangannya sempena Aidilfitiri di Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Saya ada di tapak jualan hingga pukul 3 pagi. Sewaktu sedang mengemas barang-barang, saya menjumpainya di celah kotak barangan.
“Saya sendiri hairan apabila melihat objek tersebut. Apabila saya rasa ada yang tidak kena, saya minta pekerja di Johor juga memeriksa tapak jualan di sana.
“Apa yang lebih mengejutkan objek menggunakan buluh dan diikat dengan kain guni berbentuk anak panah yang sama itu turut dijumpai di Johor,” katanya ketika dihubungi Sensasi Bintang baru-baru ini.
Bingung dengan penemuan itu, Aeril memberitahu, dia kemudian mendapatkan bantuan daripada individu yang lebih arif mengenai hal tersebut. Pelakon berusia 29 tahun itu berkata, bahan yang dijumpai itu dipercayai mempunyai kaitan dengan cubaan sihir.
“Saya merujuk objek tersebut kepada guru saya. Saya diberitahu bahawa objek itu mempunyai kaitan dengan cubaan individu yang mempunyai niat yang tidak baik.
“Cuma, saya tidak mahu kongsikan apakah maksud di sebalik objek itu. Apa niat individu itu pun saya tak boleh kongsikan di sini. Cuma, saya diminta untuk tidak menyimpan objek itu lagi,” katanya.
Objek pelik yang ditemui Aeril di tapak jualan miliknya di Kuala Lumpur dan Johor.
Menurut Aeril, sebagai manusia biasa yang tidak lari daripada kesilapan, dia tidak menolak kemungkinan sekiranya ada pihak yang tidak berasa senang dengan dirinya.
“Mungkin ada yang tak senang dengan saya. Tidak semua orang suka kita. Saya pun tak tahu sekiranya ada terbuat silap dengan mana-mana pihak.
“Lebih baik terus berdepan dan bersemuka daripada melakukan perkara seperti ini. Janganlah lakukan perkara sebegini,” luahnya.
Menurut pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap itu, dia bersyukur kerana dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
“Kita memang buka kedai dengan bacaan doa. Alhamdulillah, kami sekeluarga tidak ada apa-apa. Saya doakan agar semua pekerja saya juga dilindungi-Nya,” katanya yang pulang beraya di Batu Pahat, Johor pada Aidilfitri kali ini.
Dalam pada itu, berkongsi mengenai sambutan Aidilfitri kali ini, katanya, dia akan bercuti selama enam hari sahaja.
“Istimewanya tahun ini Wawa buat kuih batang buruk. Bagaimanapun, hanya untuk makan sendiri sahaja, bukan untuk dijual.
“Apabila balik kampung, melayan telatah dua orang anak yang makin membesar. Memang mereka seronok dapat balik kampung nak mengejar ayam. Apabila di Kuala Lumpur tak ada ayam yang boleh dikejar,” selorohnya yang bakal kembali semula ke set penggambaran untuk telefilem berjudul 16 Mei bersempena sambutan Hari Guru.
Aeril Zafrl Dakwa Cuba Disihir, Gambar Ini Jelas Menunjukkan Tentang Sihir tersebut

0 comments: