info
HARI ini kita sering kali disajikan dengan video-video yang menjadi tular di media sosial melibatkan isu pembuli jalan raya.
Antara kejadian-kejadian yang masih segar di ingatan adalah kes di bazar Ramadan di sebuah negeri bahagian utara.
Dalam satu lagi video lain yang turut tular pula melibatkan penggunaan senjata tajam seperti parang.
Mengapakah ini semua terjadi? Adakah kerana mereka ini terlampau ikutkan amarah hingga terlupa untuk bertenang? Apa pula yang harus kita lakukan jika terlibat dengan situasi sebegini?
Di sini terdapat beberapa tips buat orang ramai jika berhadapan dengan situasi sedemikian.
Bawa bertenang
Pertama sekali anda harus bertenang dan tidak terlampau ikutkan emosi, jangan terus membuat keputusan melulu yang akan membuatkan anda menyesal kemudian hari.
Antara perkara yang anda boleh lakukan ialah mengira dari angka satu hingga sepuluh.
Jangan bersikap biadap
Jika anda tidak mahu orang lain bersikap biadap dengan anda, jangan lah anda berperangai sedemikian. Hormati pemandu lain di atas jalan raya kerana mereka juga sama seperti anda.
Contohnya adalah menunjukkan isyarat lucah, memberi lampu tinggi, mengekori kenderaan terlalu rapat, menghimpit kenderaan lain dan lain-lain.
Jangan respon
Jika ada pemandu lain yang bertindak memprovok anda, dengan menurunkan tingkap dan bersikap biadap, jangan mudah memberi respon.
Seeloknya, catat nombor plat kereta tersebut untuk keselamatan, dengan cara ini juga menunjukkan anda lebih matang dan tidak mudah terikut-ikut dengan emosi.
Segera meminta maaf
Walaupun ia bukan salah anda, tetapi segeralah meminta maaf untuk mengelakkan konflik yang lebih teruk.
Minta maaf bukanlah bermaksud anda kalah tetapi ia menunjukkan kesediaan anda untuk menjadi lebih baik dan belajar daripada kejadian tersebut.
Tips tambahan
Pasang video kamera kereta
Kalau kita lihat sudah banyak kereta yang menyedari kepentingan video kamera kereta ini kerana ia memudahkan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
Dengan cara ini juga, anda lebih mempunyai bukti jika ingin membela diri atau membuat aduan mengenai pembuli di atas jalan raya.
Sumber: Majalah Saga.Uk & motorist.org
5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Bagi Mengelakkan Menjadi Mangsa Buli Jalanraya Lagi-Lagi Di Musim Perayaan Ini

0 comments: