dalam negara
“Jantung saya macam nak luruh tengok ayah melambung tinggi lepas kena langgar kereta sebelum dirempuh kereta lain,” kata Nik Mansor Wan Mat, 50.
Dia yang berada di kedainya di Kampung Gong Duek, di sini menyaksikan bapanya, Wan Mat Wan Ismail, 75, yang menunggang motosikal melambung dirempuh sebuah kereta jenis Proton Waja dari arah belakang kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Menurutnya, sebelum kejadian dia sedang mendukung anaknya dan melihat ayahnya menunggang motosikal perlahan dari arah Jertih.
“Hanya beberapa saat selepas mata saya memandang ke arah lain, tiba-tiba saya dikejutkan dengan dentuman kuat atas jalan depan kedai.
“Masa toleh, saya tengok ayah melambung tinggi beberapa meter sebelum jatuh atas jalan raya bersebelahan, pada masa sama datang sebuah kereta Perodua Viva dari arah bertentangan langgar ayah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Besut malam semalam.
Menurutnya, dia meluru ke arah bapanya yang parah di bahagian kepala dan kaki.
“Kaki ayah hancur dan ada kecederaan teruk dekat kepala, masa saya pangku ayah dia dah nyawa-nyawa ikan.
“Saya minta dia mengucap tapi tak ada balasan sebelum dia hembus nafas terakhir,” katanya.
Katanya, dia tidak tahu bagaimana kereta Proton Waja terbabit boleh melanggar belakang motosikal bapanya.
“Biasanya pada waktu macam ini, ayah akan datang tengok lembu peliharaannya yang ditambat berdekatan kedai saya dan dia akan singgah di kedai saya,” katanya.
Jenazah Wan Mat dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Lubuk Kawah malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa yang menunggang motosikal Honda C70 dari arah Jertih menghala ke Pasir Akar telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Proton Waja dari arah sama yang dipandu lelaki berusia 37 tahun.
Menurutnya, akibat rempuhan itu mangsa terjatuh ke laluan bertentangan lalu dilanggar pula sebuah kereta Perodua Viva menghala ke Jertih dipandu seorang wanita berusia 39 tahun.
“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kaki dan kepala.
“Mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat,” katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
[SEDIH]..Jantung saya macam nak luruh tengok ayah melambung tinggi..

0 comments: