dalam negara

Sedih Membaca Perkongsian Lelaki Ini Tentang Cucunya, Ibunya Pula Menghilangkan Diri Tanpa Khabar Berita

11:36 admin 0 Comments


Sepasang warga emas di Kampung Lubok Tapah buntu memikirkan nasib cucunya yang ditinggalkan ibu kandung sejak berusia empat bulan.

Awang Ahmad, 75, berkata, menantunya yang dikenali sebagai Juwita Gianti, 35, tidak pulang ke rumah selepas dikatakan keluar untuk bertemu dengan rakan.

"Saya ingatkan dia betul-betul pergi jumpa kawan, rupa-rupanya dia naik bas untuk pergi ke luar Kelantan. Sejak itu, dia tak pernah balik.

"Mujur dia sempat buat surat beranak untuk Aisyah Izzara yang kini berumur 3 tahun. Jika tak mungkin lebih banyak masalah lain akan timbul," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, dia berharap Juwita dapat pulang ke kampung bagi menguruskan pendaftaran hak penjagaan Aisyah Izzara.
"Saya risau Aisyah tak dapat ke sekolah jika tak ada hak penjagaan itu.

"Saya juga risau jika saya dan isteri meninggal, siapa yang dapat jaga Aisyah," katanya.

Awang berkata, pendaftaran hak penjagaan cucunya itu tidak dapat diteruskan kerana anak lelakinya, Nasroon Awang, yang juga bapa kandung Aisyah meninggal dunia akibat penyakit dalam perut.

“Saya tak tahu nak cakap apa pada Aisyah jika dia tanyakan maknya, sedangkan maknya tak pernah balik atau bertanya khabarnya.

"Kami sangat sedih bila kenangkan nasibnya, dia tak dapat kasih sayang seorang mak sejak kecil lagi," katanya sayu.

0 comments: