dalam negara

Tak Habis Lagi Isu Vandalisme Di MRT, Timbul Pula Pasangan Menggantung Buayan Dalam MRT, Ini Komen Pihak MRT

18:36 admin 0 Comments


BELUM pun reda tular isu stesen Transit Aliran Massa (MRT)  yang baharu beroperasi tidak sampai 150 jam dirosakkan tangan-tangan jahat, muncul pula pasangan suami isteri yang menggantung buaian bayi dalam gerabak.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan di Facebook Nana Abd Rashid, tindakan pasangan tersebut dilihat mementingkan diri sendiri serta boleh mendatangkan bahaya kepada anak mereka.

“Alahai kak, awat tak bawak tilam dan toto sekali naik MRT. Tolong la kak, jangan bagi malu. Anak-anak tu kalau boleh pantau sikit, jaga harta benda awam bersama.


“Boleh pulak dia bawa buai bayi sangkut dalam MRT. Keselamatan anak tanggungjawab ibu bapa, kalau la emergency brake, tercampak anak, confirm viral salahkan MRT pula nanti,” tulis Nana Abd Rashid di Facebooknya.

Netizen yang menyaksikan gambar tersebut mengakui terkejut dengan tindakan pasangan itu dan berharap mereka lebih sensitif ketika menggunakan perkhidmatan awam.

Sehubungan itu, MRT menyifatkan tindakan seorang ibu yang menggantung buaian anaknya di dalam pengangkutan awam itu sebagai amat bahaya.

Menerusi satu kenyataan, MRT menasihati semua penumpang menjaga keselamatan apabila menggunakan perkhidmatan berkenaan dan tidak melakukan kerosakan.

Tambah kenyataan itu lagi, sesiapa yang ditangkap melakukan kerosakan kepada kemudahan awam boleh dikenakan denda.

“Sekiranya individu atau kumpulan ditangkap melakukan kerosakan kepada kemudahan awam terutamanya di stesen MRT, mereka boleh didakwa di bawah Akta Kerajaan Tempatan (9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), yang boleh membawa kepada denda RM 2,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan.
“Mereka juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) dilengkapi 6,018 kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di setiap stesen dan gerabak dalam tren bagi mengawasi keselamatan penumpang dan mencegah perbuatan jenayah.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan bersama operator MRT, Rapid Rail Sdn Bhd bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pelaku vandalisme mengikut Seksyen 425 Kanun Keseksaan kerana khianat,″ katanya.

Mengikut seksyen tersebut, pesalah boleh dipenjara sehingga tiga bulan jika sabit kesalahan.

0 comments: