dalam negara
“Nama saya Sergevi, bukan Sarajevo atau Serge. Saya orang Malaysia, bukan Rusia,” kata seorang warga emas di Kampung Tasek Bakong, Rantau Panjang.
Sergevi Mat Junoh 67, berkata, gelaran Sarajevo dan Serge umpama nama timangannya sejak kecil dan sering menjadi usikan rakan-rakan dek keunikan namanya itu.
Menurutnya, selama beberapa tahun dia tertekan dengan kenakalan budak sekampung yang mempermainkan namanya, namun lama-kelamaan dia mula menyedari hakikat, dia mempunyai nama unik tidak seperti orang lain.
Disebabkan nama itu juga katanya, bukan sahaja guru, malah sebahagian besar penduduk di kampung, mengenalinya.
“Kalau ada yang tersilap panggil nama, saya dah tahu mereka maksudkan saya, kerana tidak semua mampu sebut nama saya dengan betul.
“Saya hanya tersenyum sebab saya tahu, mereka mungkin takut saya kecil hati kerana tersilap sebut nama saya,” katanya.
Nama sempena tokoh agama India
Sergevi berkata, dia diberi nama sempena nama seorang tokoh agama terkemuka di India sekitar 1920-an lalu.
“Dulu arwah ayah belajar di India selama 10 tahun dan di sanalah dia kenal tokoh agama yang bernama Sergevi.
“Bermula daripada pengalaman itulah, saya diberi nama sama seperti nama guru kegemaran arwah bapa,” katanya.
Sergevi yang merupakan anak tunggal kepada pasangan suami isteri di Kampung Jejawi Alor Pasir berkata, arwah bapanya, Mat Junoh Salleh merupakan satu-satunya pemuda kampung yang berhijrah ke luar negara, sekitar hujung 1930-an.
Katanya, Allahyarham bapanya berhijrah ke Pakistan kemudian ke India selepas dipelawa seorang rakan baiknya di sini.
Katanya, rakan Allahyarham bapa yang juga peniaga kain, mengajaknya untuk menaiki kapal ketika dia mahu pulang ke tanah air di Pakistan.
Selepas 10 tahun menuntut ilmu agama di India, Sergevi berkata, bapanya pulang ke kampung dan bertemu jodoh dengan Allahyarham ibunya, Siti Sulong beberapa bulan kemudian.
Jadi bahan usikan sampai bertumbuk
Sergevi berkata, selepas usianya meningkat ke tujuh tahun, dia dipaksa belajar di Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut.
Bermula detik itu Sergevi berkata, dia menjadi bahan usikan rakan-rakan kerana mempunyai nama yang unik.
“Bergaduh dan bertumbuk dah jadi perkara biasa kerana mereka selalu menyamakan saya dengan seorang dewa dari India.
“Disebabkan itu juga, saya sering bermasam muka dengan kedua ibu bapa saya kerana memberikan nama yang pelik,” katanya.
Sergevi (kanan) bersama rakan sekampung bertandang ke rumah terbuka Aidilfitri di Kampung Gual Sitok.
Malah, disebabkan dia sering menjadi bahan usikan orang kampung, dia cuba untuk ponteng sekolah namun tidak berjaya.
Sergevi berkata, Allahyarham ibunya sering menasihati dan memujuknya untuk bersabar selain memikirkan masa depan.
“Arwah ibu seorang yang lemah lembut, maka saya mudah terpengaruh setiap kali dia memujuk,” katanya.
Bangga nama unik, tapi mahu anak diberi nama cantik
Sergevi berkata, dia berbangga kerana mempunyai nama seperti tokoh agama terkemuka di India, tetapi mengharapkan anak dan cucunya diberi nama yang cantik dan mudah diingat.
Katanya, dia tidak mahu mereka diusik rakan-rakan di sekolah dan berdepan dengan pengalaman seperti dia kanak-kanak dahulu.
Malah katanya, dia turut menasihati anak-anak agar memberi nama yang baik kepada 16 cucu-cucunya.
“Lagipun saya mudah nak ingat nama mereka, jika letak nama unik atau panjang sangat, susah saya nak panggil nanti,” katanya.
Keunikan Nama Lelaki Ini Mirip Russia Selalu Mendapat Perhatian.. Pernah Sampai hampir Bertumbuk Kerana Nama Ini

0 comments: